- Menghasilkan tenaga kerja yang berpengetahuan serta mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat khususnya bidang automasi pejabat, grafik, internet dan multimedia.
- Meningkatkan kesedaran mengenai teknologi maklumat dan kegunaannya agar ia dapat diterapkan dalam tugasan harian bagi mewujudkan masyarakat berpengetahuan.
- Menyediakan peluang kepada mereka yang telah bekerja untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.
- Membuka ruang kepada mereka yang tidak berpeluang menyambung pengajian di peringkat tinggi dalam meningkatkan pengetahuan mengenai teknologi maklumat.
- Menyumbang kepada pembangunan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti.
- Membantu menggalakkan kreativiti, daya saing, pekerjaan dan pertumbuhan semangat keusahawanan di kalangan peserta.
- Meningkatkan kemahiran sedia ada dengan mempelajari maklumat terkini yang sentiasa berubah dari masa ke semasa.
- Menambah pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat agar sentiasa peka dengan perkembangan terkini.