• PPB Intro Banner

 

Program Pendidikan Berterusan anjuran Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) merupakan satu program khidmat masyarakat dalam menyebarkan pengetahuan dan kemahiran berkenaan teknologi maklumat khususnya penggunaan perisian-perisian asas untuk tujuan peribadi atau pun kegunaan pejabat bagi meningkatkan pengetahuan dan skil kerja peserta.

Program ini dilaksanakan dalam bentuk kerjasama dengan Pusat-pusat Latihan Komputer (PLK) yang bertauliah. Pusat-pusat latihan yang berminat boleh mengemukakan permohonan untuk menjalin kerjasama dengan PPKT. Kepada yang berminat, borang boleh dimuat turun di sini.

Anggota masyarakat seperti pelajar sekolah, pelajar IPT, penjawat awam dan swasta serta usahawan, boleh mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di PLK yang terdekat. Mereka yang mendaftar di PLK yang tersenarai di dalam direktori PLK akan diberi latihan berdasarkan MODUL dan silibus dari USM. Di akhir kursus , para pelajar yang lulus ujian dan peperiksaan akan dianugerahkan SIJIL LITERASI daripada PPKT USM